
Asal petempatan Melayu Utama ialah Kampong Glam sehingga Sungai Singapura dan membawa ke Bukit Larangan Bukit Larangan ialah tempat raja-raja bersemayam. Kehadiran perantau rumpun Melayu dari sejauh Jawa, Bawean, Bugis, Sumatera dan kaum India Muslim dan Arab dimulakan di Kampong Glam.
Kampong Glam menjadi kawasan Istana selepas Singapura dibuka British. Terdapat deretan rumah orang kaya Melayu, banglo, restoran dan sebagainya di sana. Kebanyakan syarkat percetakan dan penerbitan Melayu terdapat di Kampong Glam, seperti Royal Press, Sulaiman Marie dan lain-lain. Berkumandang orkesta Melayu dan pertubuhan digagaskan di Kampong Glam juga . Pada tahun 1950-an , seseorang boleh merasakan suasana yang riang dan menggembirakan apabila ternampak pelajar-pelajar daripada beberapa sekolah sama-sama menunggu bas atau melihalihat kedai di sekitaran.
Kita akan rugi besar jika tidak melaksanakan warisan dan asat beradaban Melayu/Islam Singapura.
No comments:
Post a Comment