Bahasa Menjunjung Budaya

Wednesday, July 21, 2010

Dialog

Masa: Pada jam 1.30 petang
Tempat: Di kantin sekolah
Pelaku 1: Diana
Pelaku 2: Nurina

Dua orang rakan baik, Diana dan Nurina sedang berbual tentang budaya melayu dan trend remaja pada masa kini. Nurina menganggap remaja yang bergaya harus memiliki material tertentu. Namun, Diana berpendapat sebaliknya- bahawa remaja yang benar-benar bergaya memiliki lebih daripada hanya material dan dia juga mengikuti budaya melayu.

Diana : Hei, Nurina! Boleh awak ingat apa yang Cikgu Siti berbincang tentang sebelum ini?

Nurina : Ya. Dia berbual mengenai budaya melayu dan trend remaja pada masa kini. Dia juga bertanya apa yang bergaya dan tidak bergaya kepada kami.

Diana : Saya bercakap bahawa topi terapung yang ramai pemuda suka pakai tidak bergaya. Topi terapung itu membuat kepala mereka kelihatan besar. Saya juga gemar menonton tarian Melayu itu. Pada pendapat saya, tarian Melayu lebih menarik daripada tarian budaya lain kerana ia adalah sesuatu tarian yang paling sopan dan lembut.

Nurina : Saya tidak bersetuju dengan awak tentang topi terapung. Topi terapung itu bergaya. Aksesori yang berjenama itu juga bergaya kepada saya. Tetapi, aku bersetuju dengan awak tentang tarian Melayu.

Diana : Saya suka memakai aksesori yang tidak berjenama. Aksesori macam itu tidak mahal dan saya boleh menjimat wang. Adakah awak berfikir bahawa 'I-pod' bergaya? Saya tidak.


Nurina : 'I-pod' itu bergaya kepada saya. Adakah awak berfikir sayua seorang yang bergaya?

Diana : Saya tidak mahu menyakitkan perassan awak tetapi, orang yang benar-benar bergaya memiliki lebih daripada hanya material. Orang yang benar-benar bergaya memiliki personaliti yang baik, kelakuan yang positif dan intelek. Jika seseorang memiliki banyak barangan yang mahal dan berjenama tetapi tidak mempunyai sifat-sifat yang baik, dia tidak bergaya.

Nurina : Saya faham. Selepas hari ini, saya akan cuba menjadi pelajar yang memiliki personaliti yang baik, kelakuan yang positif dan intelek supaya saya boleh menjadi pelajar yang benar-benar bergaya.

Diana : Saya ingin tanya awak sesuatu. Pada pendapat kamu, adakah budaya Melayu penting?

Nurina : Ya. Awak?

Diana : Saya bersetuju dengan awak. Budaya Melayu adalah budaya yang unik dan kita akan rugi besar jika tidak melaksanakan budaya kita. Kita mesti berasa bangga terhadap budaya kita.

No comments:

Post a Comment