Definisi budaya ialah cerita rakyat, adat, pakaian, tingkah laku dan sebagainya yang diwarisi oleh sesuatu masyarakat atau bangsa. Beberapa remaja Melayu zaman sekarang tidak meminati budaya Melayu kerana merela lebih terpengaruh dengan budaya barat dan banyak terdedah kepada muzik-muzik dan tarain dari negara-negara lain. Mereka juga hendak mengikut trend yang moden dan mungkin berfikir bahawa budaya Melayu tidak bergaya dan menarik. Walaubagaimanapun, berdasarkan kajian, hampir semua orang yang ditemuduga mengatakan bahawa budaya penting dengan beberapa sebab. Salah satu sebab ialah kerana kita dapat belajar nilai-nilai yang murni.
Cara pertama sekolah dapat memainkan peranan dalam memupuk minat kepada budaya dalam kalangan remaja Melayu adalah dengan menganjurkan persembahan atau pertunjukan budaya. Melalui cara ini, para pelajar akan terlibat dalam membuat persembahan secara rasmi untuk mempamerkan budaya Melayu. Sekolah boleh mempersilakan kumpulan-kumpulan seni untuk membuat persembahan budaya seperti silat atau tarian tradisional sewaktu perhimpunan mingguan. Sekolah juga bertanggunggjawab untuk membawa para pelajar menonton persembahan-persembahan itu, malah adab sopan dan gaya pakaian para peserta dalam persembahan itu.
Selain daripada itu, sekolah juga dapat menyambut hari-hari istimewa seperti Hari Keharmonian Kaum, Hari Kebangsaan dan Hari Pertahanan Mutlak. Para pelajar boleh mempelajari mengenai budaya sahabat lain bangsa jika mereka menyambut hari-hari istimewa ini. Selain daripada itu, sambutan juga akan memastikan mereka boleh memahami budaya mereka sendiri.
Misalnya, untuk menyambut Hari Keharmonian Kaum, pertandingan permainan tradisional yang dianjurkan boleh membuat pelajar-pelajar Melayu lebih memahami permainan warisan bangsa mereka sendiri. Mereka juga boleh belajar tentang permainan tradisional dari budaya lain. Pelajar-pelajar boleh belajar banyak apabila menyambut Hari Pertahanan Mutlak dan Hari Kebangsaan semasa guru-guru menerangkan tentang sambutan-sambutan itu dalam perhimpunan mingguan.
Seterusnya, sekolah boleh menganjurkan lawatan ke luar negara. Darmawisata berguna keran para pelajar boleh melawat ke luar negara sambil belajar. Misalnya, mereka boleh berinteraksi dengan orang Melayu yang masih rapat dengan budaya supaya mereka boleh belajar lebih mendalam tentang budaya Melayu. Pelajar-pelajar juga akan mempelajari budaya orang kampung yang sudah tiada lagi di Singapura . Mereka juga akan mempelajari cara-cara membuat kuih, ondeh-ondeh, batik, membuat raga dan sebagainya.
Tambahan lagi, sekolah boleh menerapkan budaya dalam pengajaran dengan kajian, tinjauan budaya dan permainan bahasa. Misalnya, mereka boleh bermain permainan tradisional, membuat tinjauan mengenai persepsi remaja terhadap budaya mereka dan persembahan dan penerangan tentang cabang budaya dalam kelas.
Sememangnya, sebab-sebab yang remaja memberi kerana tidak meminati budaya Melayu bukan benar. Budaya Melayu ialah budaya yang amat menarik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2010
(12)
-
▼
July
(11)
- Dikir Barat
- Kuih adalah snek gigitan-saiz atau pencuci mulut ...
- Ini adalah hasil kajian yang kami dilakukan.Adakah...
- Dialog
- Kamus Kata Klasik
- Beberapa bulan yang lalu, guru kami merancang bebe...
- Batu Seremban
- Tinjauan Persepsi Remaja Melayu Tentang Kebudayaan...
- Gurindam Dua Belas
- Memartabatkan Kampong Glam Pada Tempatnya
- Cara-cara Sekolah Dapat Memupuk Minat Kepada Buday...
-
▼
July
(11)
No comments:
Post a Comment